Showing posts with label basketball. Show all posts
Showing posts with label basketball. Show all posts
Tuesday, May 26, 2009
Keputusan Perlawanan Archers vs Zeroes 24/05/09
Liga Bola Keranjang Tidak-Cina (NCBL) bermula pada Ahad lepas dengan perasaan "haip" yang tinggi ketara ternampak pada pemain-pemain Archers. Akan tetapi, pasukan Archers diselubungi masalah sebelum dan semasa perlawanan mereka, di mana mereka di"kitai" oleh pasukan Zeroes yang tidak menurunkan big man mereka yang khabarnya hebat. Penulis mendapat tahu yang big man itu tidak turut serta kerana menghadiri kenduri kahwin.
Zeroes tidak boleh dinilai kehebatannya hanya pada perlawanan ini kerana ketidakhadiran big man mereka serta star mereka (brader no. 15) sejuk semasa awal-awal perlawanan. Kemungkinan besar kalau big man itu hadir, serta brader no. 15 itu panas-atas dari awal game, Archers bukan sahaja akan di"kitai" malahan dijadikan lauk, ditapau dan di hantar ke pejabat pos supaya mereka boleh pergi mampos.
Masalah Archers bermula sebelum perlawanan bermula kerana masalah dengan jersi mereka yang tidak hadir tepat pada masanya. Dua orang pemain mereka yang tercedera terpaksa menjemput jersi tersebut hadir dari Kampung Tunku ke Balakong.
Selain dari itu, Archers juga tidak mempunyai Pengawal Mata (point guard) mereka, Fikri Hairudin serta Pengawal Menembak (shooting guard) mereka, Badli Shah. Masalah utama Archers adalah ketidakbolehan mereka untuk mengawal pemain-pemain perimeter Zeroes dari menggelecek bola ke dalam kawasan cat. Selain dari itu, Pengawal-Pengawal Archers banyak memaksa hantaran buruk dan gagal menggunakan big men Archers kepada potensi penuh mereka.
Energy-Guy-off-the-Bench-ala2-Sasha-Vujacic-without-the-long-hair, afiqPG, juga tidak menunjukkan yang beliau telah bersedia untuk bermain. Jurulatih Archers, saudara Hilmi Rashid, kelihatan hampa dengan afiqPG dan berkata kepadanya dengan muka ketat bercampur sarkastik, "aku tau player diorang besar, sakit badan kalau nak box out kan?".
Ramai pihak beranggapan bahawa perlawanan Archers dan Griffin pada minggu ini umpama Sacramento Kings bertemu Oklahoma City Thunder, atau Hull City bertemu West Brom Albion. Akan tetapi, penulis berpendapat bahawa permainan pada Ahad ini akan menunjukkan pasukan Archers yang lebih efisien dalam pertahanan dan penggunaan big men mereka. Saudara Hilmi Rashid dijangka akan menekan Archers dengan tekanan yang boleh membuatkan mereka tertekan pada sesi latihan yang akan datang untuk menekankan kepentingan tekanan untuk bermain dengan lebih elok pada Ahad ini. Energy-Guy-off-the-Bench-ala2-Sasha-Vujacic-without-the-long-hair juga dijangka akan bermain dengan lebih agresif setelah dibakar pada perlawanan Ahad lepas. Sila tunggu dan lihat. Sekian.
P/S: Penulis juga berpendapat yang Archers tidak cukup tidur sebelum perlawanan mereka minggu lepas yang (sepatutnya) bermula pada pukul 8. Nasib mereka baik kerana perlawanan minggu ini bermula pada pukul 11.45.
Subscribe to:
Posts (Atom)
